Latar belakang Kembara Kenali Borneo

Titik sifar Lebuhraya Pan Borneo di Telok Melano, dan juga destinasi akhir Kembara Kenali Borneo.

Lebuhraya Pan Borneo ialah sebuah lebuh raya campuran dalam pembangunan dengan hasrat menjadi satu sistem jalan utama berlingkar yang menghubungkan negara-negara Borneo – Malaysia, Brunei dan bahagian Kalimantan di Indonesia. Di belah Malaysia, ia terdiri daripada laluan-laluan persekutuan Malaysia Timur, berhujung di Telok Melano, Lundu, Sarawak, dan Serudong di Kalabakan, Sabah.

Sejarah terawal lebuh raya direkodkan pada zaman pascaperang, dan pembangunan ketara mula dibuat selepas penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia pada 1963. Kini, penaiktarafan giat dijalankan untuk menaik taraf keseluruhan Lebuhraya Pan Borneo menjadi satu lebuh raya rasmi, dengan masa siap dijadualkan pada 2025.[1][2]

Pada Februari 2023, Sultan Abdullah bertitah dalam sidang pembukaan Parlimen Malaysia ke-15 mengenai hasrat untuk memandu di Lebuhraya Pan Borneo setelah berpuas hati dengan perkembangan projek tersebut, dan bertitah bahawa satu kembara sedang dirangka bersama dengan pihak terkait.[3]

Senarai kerabat

Senarai kerabat terlibat dalam konvoi adalah seperti yang berikut:[4]

Rujukan

WikiPedia: Kembara Kenali Borneo https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kembara... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09... https://www.sinarharian.com.my/article/277055/beri... https://www.bharian.com.my/node/100122 https://www.bharian.com.my/node/10958 https://www.sinarharian.com.my/article/277163/beri... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09... https://www.parlimen.gov.my/images/webuser/TITAH_Y... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kembara...